CARA TUKAR PEMAIN PASUKAN KEBANGSAAN

Barisan pemain dalam pasukan kebangsaan setiap negara boleh di tukar di bahagian EDIT. Perlu di ketahui, bagi PES2021 jumlah maksima pemain setiap negara adalah 23 orang sahaja. Korang tidak boleh tambah pemain melebihi jumlah maksima ini tetapi korang boleh menggantikan pemain yang sedia ada dengan pemain yang korang inginkan.

Sebelum menukar pemain dalam sesuatu pasukan, korang perlu memastikan pemain yang ingin gantikan adalah warganegara (Nationality) yang sama dengan pasukan tersebut. Jika tidak sama dan korang masih ingin masukkan juga beliau ke dalam pasukan itu, korang perlulah menukar warganegara pemain di bahagian EDIT Player terlebih dahulu.

Syarat penukaran pemain yang dibenarkan dalam PES2021:
・ Jumlah maksima pasukan negara adalah 23 orang
・ Hanya boleh ganti pemain sedia ada sahaja dan tidal boleh tambah pemain
・ Pemain harus berwarganegara yang sama dengan pasukan yang diwakili
・ Pemain bukan berstatus pemain “Legend” (Pemain ini tidak akan keluar dalam senarai ketika penukaran)

Jom lihat video dibawah untuk cara penukaran pemain dibuat.