MSL Patch” merupakan satu patch/mod bagi menambah pasukan-pasukan dari Liga Malaysia (Liga Super dan Liga Perdana) ke dalam permainan PES (Pro Evolution Soccer) yang diterbitkan oleh Konami. Ianya bukanlah patch/mod rasmi dari Konami, tetapi dibina oleh peminat PES yang bergelar “Razor” dari Malaysia sendiri. Ia telah dibina sejak tahun 2010 dengan sambutan yang amat baik. Rata-rata peminat bola sepak Malaysia menyukai pasukan mereka berada di dalam game ini. Patch/mod ini bukan sahaja menyediakan senarai barisan pemain sebenar dan jersi-jersi tetapi juga wajah-wajah pemain yang mirip pemain sebenar. Juga ditambah penambahbaikan grafik lain seperti papan iklan dan juga papan score. 
 
Patch ni telah dikongsikan secara percuma sehingga tahun 2014. Walaibagaimanapun ianya telah disalah gunakan oleh segelintir pengguna yang mana telah mengaut keuntungan hasil penjualan patch ini. Bermula dari tahun 2015, patch ini tidak lagi dikongai secara percuma. Ianya hanya diberikan kepada sesiapa yang sanggup memberi sumbangan dan menghargai hasil karya ini.
 
Kini patch ini telah mendapat sambutan melebihi 1000 peminat PES dari Malaysia.