CARA EXPORT / IMPORT TEAM (PES2021 IN-GAME)

Jika korang ingin membuat backup apa yang telah korang edit seperti stats pemain, kelab, formasi, pengurus dan sebagainya, anda boleh menggunakan fungsi Export Import yang ada dalam PES2021.

Export Team – akan export apa saja yang telah anda edit (In-Game) berkaitan dengan kelab tersebut dalam satu file termasuk senarai pemain, nama pemain, stats pemain, nama pengurus, dan lain-lain.

Import Team – akan masukkan kembali data yang telah anda export kedalam game. Senarai pemain, stats pemain dan lain-lain akan kembali semula seperti data yang ada Export.

Beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum menggunakan fungsi ini.
・ Jika korang menggunakan mana-mana patch, korang hanya boleh Import semula data yang di Export dari patch yang sama kerana kemungkinana patch tersebut mempunyai ID pemain yang tiada di patch lain.
・ Jika patch yang korang guna mengeluarkan kemaskini terkini yang mana database pemain atau kelab korang Export mempunyai perubahan, korang tidak akan mendapat kemaskini tersebut selepas ada Import data lama.
・ Data yang di Export hanya lah data-data berkaitan dengan kelab tersebut sahaja yang di edit di dalam game sahaja.

Untuk mengetahui cara-cara untuk menggunakan fungsi ini, anda boleh rujuk video di link dibawah: